Sunday, 27 November 2011

Apa itu Moral?

  • Moralitas (bahasa Latin)
  • Bermaksud ajaran / pegangan berkenaan dengan baik buruk sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang berasaskan (yang diukur dari segi) baik buruk sesuatu akhlak.
  • Moral melibatkan pertimbangan nilai dalam bentuk pernyataan normatif, namun bukan semua pernyataan normatif melibatkan moral.

Apa itu Etika?

  • Etika (ethics)
  • ethod (perkatan Yunani)
  • Bermaksud sikap, kebiasaan dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan
  • Contoh: Etika Perguruan
  • Merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul.

Thursday, 3 November 2011

Sejarah Pendidikan Moral


1983  -
Mula diperkenalkan di sekolah rendah
1989  -
Mula diajar di peringkat sekolah menengah
1993  -
Diuji dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
1999  -
Semakan semula kurikulum Pendidikan Moral KBSR dan KBSM
2001  -
Penyediaan Buku Teks Pendidikan Moral KBSR dan KBSM secara  
berperingkat
2002  -
Kursus Orientasi Jurulatih Utama Pendidikan Moral
2003  -
Pelaksanaan di peringkat rendah dan menengah 
( Tahun 1 dan Tahun 4 ; Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 )
2009  -
Membina dokumen standard sekolah rendah 
( Tahun 1 hingga Tahun 6 )
2010  -
Kursus Orientasi Jurulatih Utama Pendidikan Moral KSSR 
( Tahun 1 ) Penyediaan Buku Teks Pendidikan Moral Tahun 1
2011  -
Pelaksanaan KSSR, Pendidikan Moral Tahun 1

Wednesday, 26 October 2011

Nilai-nilai universal (KSSR)

1. Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

2. Baik hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.

3. Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

4. Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian

5. Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

6. Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan

7. Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

8. Keadilan
Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah

9. Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah

10. Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan

11. Kerajinan
Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara

12. Kerjasama
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama

13. Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

14. Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup.

Kepentingan Pendidikan Moral

  • Membentuk insan berakhlak mulia, berintegriti dan boleh menyumbang ke arah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat globa (Matlamat KSSR)
  • Selaras dengan prinsip ke-5 dalam Rukunegara (Kesopanan dan Kesusilaan)
  • Selaras dengan cabaran ke-4 dalam Wawasan 2020 (Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika)
Cute Running Puppy