Wednesday, 26 October 2011

Nilai-nilai universal (KSSR)

1. Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara.

2. Baik hati
Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.

3. Bertanggungjawab
Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

4. Berterima kasih
Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian

5. Hemah tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

6. Hormat
Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan

7. Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

8. Keadilan
Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah

9. Keberanian
Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah

10. Kejujuran
Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan

11. Kerajinan
Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara

12. Kerjasama
Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama

13. Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

14. Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup.

No comments:

Post a Comment

Cute Running Puppy